• Perbandingan kamera Nokia Lumia 925 dengan HTC One

    16 Mei 2013 - Nokia Lumia 925 terbaru sememangnya telah membuka mata banyak pihak apabila ia pertama kali diperkenalkan oleh Nokia baru-baru ini. Ia merupakan telefon pintar Lumia pertama yang mempunyai binaan Aluminium sepenuhnya dengan paparan skrin 4.5 inci AMOLED. Mengikuti jejak langkah Nokia Lumia 920, Lumia 925 mempunyai kamera yang hebat (8.7 megapiksel dengan sistem OIS). Spesifikasi utamanya menggunakan cip pemprosesan dwi teras 1.5GHz Snapdragon S4 Pro bersama-sama RAM 1GB. Seperti yang diketahui umum telefon pintar Windows Phone 8 tidak menyokong cip pemprosesan lebih daripada dwi teras buat masa ini. Namun, ini tidak bermakna ia mempunyai prestasi yang tidak setanding cip pemprosesan empat teras.

    Ramai yang tertanya-tanya adakah Nokia Lumia 925 mampu menyaingi kehebatan kamer HTC One? Salah seorang blogger, Unleash The Phones telah pun membuat perbandingan awal kedua-dua telefon pintar ini bagi membuktikan siapa yang lebih hebat. Kelihatan keputusannya lebih memihak kepada Lumia 925. Namun, ramai yang mempertikaikan kemenangan ini kerana Lumia 925 berkenaan tidak dimatikan fungsi "Focus Assist Light". Jadi apakah komen anda?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain