• Samsung Galaxy Core pengganti Galaxy S2 dengan dwi-SIM

    7 Mei 2013 - Seperti tidak berkesudahan, Samsung sentiasa sahaja akan memperkenalkan telefon pintar terbaru buat para pengguna bagi memenuhi permintaan yang terdiri daripada pelbagai golongan di seluruh dunia. Terkini, Samsung telah memperkenalkan ahli keluarga terbaru Galaxy yang diberi nama Samsung Galaxy Core. Beberapa pihak telah mengatakan ia merupakan sebuah telefon pintar yang dapat menjadi pengganti buat Samsung Galaxy S2.

    Menariknya telefon terkini daripada Samsung ini juga memiliki dwi SIM sebagai tambahan daripada Galaxy S2. Ia memiliki cip pemprosesan dwi teras 1.2GHz, 1GB RAM, resolusi WVGA 4.3 inci dengan skrin LCD TFT. Galaxy Core juga mempunyai kamera 5 megapiksel di bahagian belakang dan kamera VGA di bahagian hadapan. Malah, sokongan microSD juga disertakan sekali bersama memori dalaman 8GB. Berikut adalah spesfikasi yang lain bagi telefon pintar ini:

    • Bluetooth 3.0
    • Wi-Fi 802.11 b/g/n
    • A-GPS
    • 1,800mAh battery
    • Android 4.1 Jelly Bean

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain