• Senarai terkini aplikasi paling popular di dalam iPhone dan iPad


    6 Mei 2013 - Bersempena dengan kejayaan Apple mencapai rekod 50 billion muat turun aplikasi sehingga ketika ini, mereka telah menyenaraikan aplikasi-aplikasi popular yang telah dimuat turun pengguna iPhone dan iPad di seluruh dunia. Senarai terbaru ini telah diasingkan kepada dua kategori utama iaitu aplikasi percuma dan aplikasi berbayar bagi setiap peranti Apple (iPhone dan iPad). Secara keseluruhan kita melihat dominasi Angry Bird masih berterusan. Ini berkemungkinan kerana terdapat banyak siri tambahan daripada aplikasi yang asalnya termasuklah Angry Bird Space dan Angry Bird Star Wars. Malah pihak Rovio juga pernah menawarkan muat turun percuma bagi Angry Bird versi asal untuk jangka masa yang terhad. Apa yang pasti kebanyakkan pengguna iOS di Malaysia lebih gemar memuat turun aplikasi permainan di dalam gajet mereka.


    Berikut adalah senarai aplikasi-aplikasi popular yang terdapat di dalam iPhone dan iPad yang diambil daripada laman rasmi Apple Malaysia:

    Muat Turun Aplikasi Berbayar Paling Popular Di Dalam iPhone
    1. WhatsApp Messenger
    2. Angry Birds
    3. Fruit Ninja
    4. Plants vs. Zombies
    5. Angry Birds Seasons
    6. Cut the Rope
    7. Camera+
    8. Where's My Water?
    9. Angry Birds Space
    10. Birzzle Pandora
    Muat Turun Aplikasi Percuma Paling Popular Di Dalam iPhone
    1. Facebook
    2. Line
    3. Skype
    4. Instagram
    5. Viber - Free Phone Calls & Text
    6. Youtube
    7. Facebook Messenger
    8. WeChat
    9. Tango Text, Voice, and Video
    10. Fruit Ninja Free
    Muat Turun Aplikasi Berbayar Paling Popular Di Dalam iPad

    1. Plants Vs Zombies HD
    2. Where's My Water?
    3. GoodReader for iPad
    4. Angry Birds Seasons HD
    5. Fruit Ninja HD
    6. Keynote
    7. Angry Birds HD
    8. Pages
    9. Angry Birds Space HD
    10. Cut the Rope HD

    Muat Turun Aplikasi Percuma Paling Popular Di Dalam iPad

    1. Skype for iPad
    2. Facebook
    3. Fruit Ninja HD Free
    4. Angry Birds HD Free
    5. Calculator for iPad Free
    6. Temple Run
    7. Temple Run 2
    8. Candy Crush Saga
    9. Subway Surfers
    10. Diamond Dash

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain