• Sony Xperia S mula menerima kemaskini Android Jellybean


    25 Mei 2013 - Berita baik buat pengguna Sony Xperia S di luar sana. Sony telah mula menjalankan kemaskini Android Jellybean (4.1.2) ke atas telefon pintar model Xperia S secara berperingkat bagi penggunanya di seluruh dunia. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh pihak Sony Perancis melalui akaun Twitter mereka baru-baru ini. Buat masa ini masih tiada lagi jadual kemaskini yang dikeluarkan namun kami yakin ia bakal hadir dalam masa yang terdekat.


    Berdasarkan khabar angin terdahulu, kemaskini Android Jellybean terbaru ini bakal memperlihatkan beberapa fungsi tambahan seperti versi terbaru WALKMAN, Album dan Movies. 'Battery Stamina Mode' juga akan digabungkan sekali di dalam sistem operasi mudah alih berkenaan bagi menjimatkan kadar pengguna bateri ketika ia tidak digunakan (standby mode). Pelancar Sony di bahagian hadapan juga akan dikemaskini agar menjadi lebih fleksibal dan mudah digunakan. Fungsi asas Jellybean iaitu Google Now juga akan diperkenalkan.

    Sudahkah anda menerima kemaskini Android Jellybean (4.1.2) di dalam Sony Xperia S? Kongsikan pengalaman anda di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain