• Toshiba tampil dengan tablet Windows 8 versi bisnes


    2 Mei 2013 - Toshiba kini telah tampil dengan sebuah tablet Windows 8 khas buat mereka yang bekerja iaitu Toshiba WT310. Tablet ini kelihatan lebih professional dan didatangkan sekali dengan sebatang stylus yang diberi nama DigitizerPen untuk memudahkan anda menulis nota. W310 memiliki skrin 11.6 inci 1080p yang lengkap dengan sokongan pemacu SSD, sambungan HDMI, kad slot SD, USB 3.0, WiFi dan Bluetooth 4.0.

    Apa yang menjadikan tablet ini sesuai untuk bisnes adalah ia dilengkapi dengan aplikasi Intel Active Management Technology, Trusted Platform Module, dan Anti Theft. Ia memiliki ukuran 229 x 189 x 12.9mm dan berat 825g. Sayang sekali informasi berkenaan spesifikasi dalaman bagi tablet ini tidak dikongsikan bersama-sama. Apa yang pasti ia mempunyai satu warna sahaja iaitu 'Steel Grey Metallic'. Nampaknya selepas ini kita bakal melihat era penggunaan tablet Windows 8 terutama apabila syarikat-syarikat besar di seluruh dunia sedia membekalkan tablet berkenaan kepada pekerja mereka berbanding sebuah komputer riba mahupun komputer biasa.


    Sumber informasi : Engadget 

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain