• Viber kini boleh digunakan di dalam Windows dan Mac


    8 Mei 2013 - Oleh kerana persaingan yang begitu sengit di dalam dunia permesejan dalam talian, Viber telah mengambil langkah seterusnya dengan memperkenalkan versi Windows dan Mac kepada para pengguna. Penambahan versi ini sedikit sebanyak dapat menjadikan Viber masih relevan untuk pengguna pada masa kini terutama apabila aplikasi seperti Skype, Line, WeChat dan Google Talk meningkat naik. Bukan itu sahaja, Viber turut memperkenalkan fungsi video dalam talian yang menyerupai Skype dan Google Hangout sebagai tambahan.

    Pihak Viber sangat percaya bahawa dengan proses pengaktifan yang lebih mudah berbanding aplikasi permesejan yang lain, ia akan menarik minat ramai pengguna untuk beralih daripada Whatsapp mahupun Skype. Malah aplikasi pada Viber Desktop dan Viber Mobile akan sentiasa dikemaskini secara langsung bagi memastikan pengalaman yang sebenar di kedua-dua versi Viber.


    Buat masa ini Viber telah berjaya menaikkan bilangan pengguna mereka daripada 140 juta kepada 200 juta pengguna. Fungsi video atas talian di dalam telefon mudah alih boleh didapati dengan mengemaskini aplikasi anda kepada versi 3.0 manakala versi Windows dan Mac boleh dimuat turun daripada laman Viber sendiri.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain