• Windows Phone kini boleh memuat naik gambar ke dalam Instagram


    4 Mei 2013 - Sudah terdapat banyak aplikasi yang membenarkan anda mengakses akaun Instagram anda di dalam Windows Phone seperti Instagraph. Walau bagaimanapun tidak terdapat aplikasi yang membenarkan pengguna Windows Phone untuk memuat naik gambar-gambar mereka ke dalam Instagram secara terus. Malah, aplikasi rasmi Instagram juga masih samar-samar sama ada ia akan dibawa masuk ke dalam Windows Phone ataupun tidak.

    Kini para pengguna Windows Phone tidak perlu risau lagi kerana terdapat sebuah aplikasi bernama Itsdagram yang membenarkan anda memuat naik gambar-gambar ke dalam akaun Instagram anda secara terus dari telefon pintar anda. Ini boleh dikatakan suatu pencapaian terbaru buat komuniti Windows Phone di luar sana. Berdasarkan video yang dipertontonkan di bawah, anda boleh memuat naik gambar dengan mudah namun tiada sebarang efek filter yang didatangkan sekali buat masa ini. Ini tidak menjadi suatu masalah kerana sudah terdapat banyak aplikasi efek gambar yang sedia ada di dalam Windows Phone.


    Selain daripada memuat naik gambar, anda boleh melihat gambar-gambar yang telah dikongsikan oleh rakan-rakan anda di dalam Instagram ataupun melihat gambar yang popular. Anda boleh memberikan komen atau menekan butang "Like" untuk setiap gambar yang anda lihat. Buat masa ini ia masih di peringkat Beta dan dijangka boleh dimuat turun ke dalam Windows Phone dalam masa 7-10 hari lagi.

    Sumber informasi : Win Source

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain