• Windows Phone kini di tangga ke-3 menjatuhkan Blackberry


    19 Mei 2013 - Berdasarkan maklumat daripada penganalisis IDC, sistem operasi mudah alih daripada Microsoft iaitu Windows Phone, telah berjaya menjatuhkan BlackBerry OS untuk menduduki kedudukan ke-3 dari segi penjualan peranti. Pada suku tahun pertama 2013, Windows berjaya meningkatkan penjualan telefon pintar mereka kepada 3.2% manakala BlackBerry telah menurun kepada 2.9%.


    Berita ini sudah tentu mengembirakan Microsoft namun ini tidak bermakna mereka perlu berpuas hati begitu sahaja kerana mereka perlu bersaing dengan lebih kuat untuk menyaingi iOS dan Android. Malah BlackBerry juga tidak akan berdiam begitu sahaja terutama apabila mereka telah memperkenalkan sistem operasi terbaru, BlackBerry 10.

    Sumber informasi : CNN Money

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain