• Youtube bakal memperkenalkan sistem langganan berbayar

    6 Mei 2013 - Beberapa maklumat yang diperoleh mengatakan Google bakal memperkenalkan sistem langganan berbayar bagi 50 buah saluran di dalam Youtube pada minggu ini. Walau bagaimanapun, masih tiada lagi kepastian saluran apakah yang bakal diperkenalkan dalam pakej langganan terbaru ini namun maklumat awal mengandaikan ia bakal boleh dilanggan pada harga USD1.99 sebulan.

    Menurut Naib Presiden Youtube, Robert Kynci, sistem langganan seumpama ini amat penting bagi membuka satu lagi sumber keuntungan buat para pembuat filem dan video. Menariknya sistem baru ini juga bakal membenarkan pemilik saluran di dalam Youtube untuk menghasilkan video yang berlainan daripada yang biasa seperti rancangan TV dan filem.

    Youtube pada ketika ini juga telah memperkenalkan sistem bayaran untuk setiap tontonan (pay-per-view) bagi beberapa video secara langsung namun ia masih belum boleh digunakan di Malaysia. Youtube juga telah menyambut sambutan tahun ke-8 mereka baru-baru ini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain