• ABNxcess tawarkan IPTV murah


    17 Jun 2013 - Penggunaan Televisyen Protokol Internet (IPTV) kian menjadi popular di kalangan pengguna baru-baru ini terutama apabila kelajuan Internet di Malaysia kini sudah mula beralih kepada kelajuan tinggi. IPTV sering menjadi pilihan kerana ia dapat menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna satelit TV seperti Astro yang selalu akan mendapat gangguan siaran bergantung kepada cuaca. Menyaksikan peluang yang terbuka ini, Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd, telah memperkenalkan produk IPTV mereka yang diberi nama ABNxcess. Ini sekaligus menjadikan ia sebagai pesaing terbaru buat TM HyppTV (UniFi).



    ABNxcess menawarkan pakej yang hampir serupa seperti UniFi melalui pakej 'Triple Play', IPTV, Internet dan telefon. Terdapat 50 saluran berbayar yang boleh dilanggan dengan 8 saluran percuma. Walaupun masih tidak terdapat banyak saluran dan pakej Video On Demand yang ditawarkan, ABNxcess memperkenalkan harga yang lebih rendah buat pengguna baru mereka. Pada harga serendah RM98.99 sebulan, setiap pelanggan akan menerima 50 saluran IPTV percuma bersama-sama Internet berkelajuan tinggi 10Mbps.

    Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru untuk Internet dan IPTV di rumah anda, mungkin anda boleh mencuba ABNxcess. Buat masa ini ia hanya terdapat di beberapa kawasan terpilih di Lembah Klang dan Johor Bahru.



    [Laman rasmi] ABNxcess

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain