• Celcom tawarkan BlackBerry Q10 pada harga RM1,388


    1 Jun 2013 - Buat peminat BlackBerry di luar sana, anda kini boleh mendapatkan telefon pintar BlackBerry terbaru iaitu BlackBerry Q10 pada harga serendah RM1,388 melalui Celcom. Pihak Celcom telah menawarkan pelbagai pelan bagi memberi pilihan yang banyak buat para pengguna bergantung kepada kemampuan anda.



    BlackBerry Q10 merupakan salah sebuah telefon pintar yang menggunakan sistem operasi terbaru BlackBerry 10 yang didatangkan bersama-sama sokongan 4G LTE. Ia memiliki skrin berkeluasan 720 x 720, 330ppi dan 3.1" skrin sentuh. Anda juga boleh menggunakan papan kekunci pada telefon berkenaan untuk memberi input. Ini menjadikan telefon pintar ini fleksibal. Selain itu, ia mempunyai kamera 8 megapiksel dan mampu membuat rakaman kualiti definisi tinggi (HD) 1080p. Storan dalaman yang terbina adalah 16GB.

    Berikut adalah pelan-pelan yang ditawarkan oleh Celcom bagi mereka yang ingin memiliki BlackBerry Q10.

    Anda boleh membelinya melalui laman web Celcom atau datang sendiri ke cawangan Celcom yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain