• Draw Something kini boleh dimainkan di dalam Nokia Asha


    10 Jun 2013 - Berita baik buat semua pengguna Nokia Asha di luar sana kerana pihak Zynga telah pun mengeluarkan versi khas Draw Something untuk pengguna sistem operasi S40. Aplikasi permainan yang popular pada tahun 2012 ini, kini telah pun diubahsuai bagi membenarkan pengguna Nokia melukis di atas skrin sentuh mereka. Walaupun agak kelewatan, namun ia suatu berita yang baik buat peminat setia Nokia Asha. Perlu diingatkan ia hanya berfungsi pada telefon Nokia Asha yang mempunyai skrin sentuh sahaja dan tidak akan boleh digunakan di dalam Nokia Asha yang hanya menggunakan papan kekunci.


    Aplikasi ini adalah percuma untuk dimuat turun dengan saiz 0.65MB. Tidak pasti adakah Draw Something 2 akan dibawa masuk ke dalam Nokia Asha di masa depan ataupun tidak. Jika anda berminat, anda boleh memuat turun aplikasi ini di Nokia Store.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain