• Drexar21 tercalon di dalam DiGi WWWOW Awards 2013


    5 Jun 2013 - Drexar21.my telah berjaya tercalon di dalam DiGi WWWOW Awards 2013 untuk dua kategori utama iaitu 'Fave Tech Head' dan juga 'Blogger of The Year'. Ini merupakan penampilan pertama Drexar21 di dalam acara anugerah Internet sebegini. Selain daripada dua kategori yang dipertandingkan, terdapat lagi 13 kategori utama yang dipertandingkan kali ini termasuklah :

    • Fave Makan Makan Expert
    • Fave Entertainment Blog
    • Online Shop of The Year
    • Fave Video of The Year
    • Most Inspiring Internet for Good Award
    • Top Online Over-Achiever Under 16
    • App of The Year
    • Photostory of The Year
    • Breakthrough Youtube Star
    • Social Media Gathering of The Year
    • Shorty Blogger of The Year
    • People's Choice Award
    • Best of The Best


    Undian bagi anugerah ini sudah pun bermula pada 3 Jun dan bakal berakhir pada 23 Jun ini. Anda boleh mengundi hanya sekali setiap hari bagi melayakkan mereka terpilih di dalam Top 5 untuk setiap kategori. Bermula 24 Jun hingga 5 Julai, finalist Top 5 akan dinilai semula oleh juri-juri DiGi WWWOW Awards 2013 bagi menentukan pemenangnya. Majlis anugerah pula akan diadakan pada malam 6 Julai.

    Jangan lupa untuk mengundi Drexar21 di dalam DiGi WWWOW Awards:

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain