• Filem pertama BoBoiBoy menjelang 2014


    1 Jun 2013 - Buat peminat animasi 3D tempatan, berita baik buat anda kerana selepas kejayaan Upin & Ipin dan Bola Kampung, kini giliran BoBoiBoy pula untuk beraksi di pawagam tidak lama lagi. Filem pertama BoBoiBoy ini bakal muncul di pawagam pada tahun 2014 dengan tajuk 'BoBoiBoy Sfera Kuasa'.

    Buat masa ini hanya terdapat sebuah laman web dan gambar sahaja yang menunjukkan preview awal untuk filem ini. Kelihatan BoboiBoy sedang berhadapan dengan musuh terbarunya yang kelihatan seperti sebuah sfera yang memiliki empat tangan. Apa yang menariknya, kelihatan terdapat kuasa api di tangan BoBoiBoy. Mungkinkah kita bakal melihat kuasa terbaru BoBoiBoy di dalam filem ini?

    Anda boleh lawati laman rasmi filem ini di sini : BoBoiBoy Sfere Kuasa

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain