• Final Fantasy XV dan Kingdom Hearts 3 bakal hadir ke PS4


    12 Jun 2013 - Bersama-sama dengan kemunculan konsol Play Station 4, Sony telah memperkenalkan dua permainan terbaru yang akan hadir ke dalam konsol berkenaan. Hasil kerjasama antara SquareEnix dan Sony, mereka bakal membawakan siri Final Fantasy terbaru iaitu Final Fantasy XV (15) dan sekual Kingdom Hearts 3 kepada pengguna PS4. Sudah pasti buat penggemar siri-siri permainan berkenaan tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba permainan tersebut di dalam PS4 kelak.

    Sebelum ini, Final Fantasy XV juga dikenali sebagai Final Fantasy Versus 12 yang dikhabarkan boleh dimainkan di dalam PS3. Ternyata sangkaan itu adalah tidak benar sama sekali. Siri Kingdom Hearts 3 pula dikatakan amat dinantikan ramai kerana para penggemarnya terpaksa menunggu sehingga lebih 7 tahun bagi sekual permainan tersebut.




  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain