• Gambar PS4 diperlihatkan secara rasmi


    11 Jun 2013 - Setelah ia diumumkan pada Februari 2013, kita masih belum dapat melihat rupa bentuk sebenar Play Station 4. Hari ini, Sony telah memperkenalkan rupa bentuk PS4 ini secara rasminya. Rekaan kali ini kelihatan agak biasa kerana ia kelihatan seperti sebuah kotak. Walau bagaimanapun, jika dilihat daripada bahagian sisi, anda dapat lihat ia kelihatan sedikit menyenget.





    Di bahagian dalam, PS4 dijanakan dengan cip AMD dengan kombinasi lapan teras Jaguar bersama-sama pemprosan grafik Radeon. Sistem PS4 juga menggunakan RAM pantas GDDR5 8GB, pemacu 6x Blu-ray, dan storan dalaman yang tersedia.

    Adakah anda menyukai rekaan terbaru PS4 ini?

    [Sumber Gambar] The Verge
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain