• Gambar Samsung Galaxy S4 Zoom tersebar




    9 Jun 2013 - Beberapa buah gambar yang memperlihatkan rupa awal Samsung Galaxy S4 Zoom telah pun tersebar di Internet baru-baru ini. Telefon pintar yang digabungkan bersama-sama kamera 16.3 megapiksel ini dijangkakan akan dilancarkan pada 20 Jun ini. Gambar-gambar ini diambil daripada laman TechTastic.

    Mereka telah melaporkan peranti terbaru ini akan memiliki saiz skrin 4.3 inci super-AMOLED qHD bersama-sama cip pemprosesan dwi teras 1.6GHz. Ia juga akan dilengkapi dengan sambungan Bluetooth 4.0, WiFi, GPS serta storan dalaman 8GB yang boleh ditambah dengan microSD.




    Apa yang menjadi telefon pintar ini menarik adalah ia memiliki lensa kamera zoom optik yang membenarkan anda menangkap gambar dengan lebih jelas melalui kamera 16.3 megapiksel. Peranti hybrid ini boleh dikatakan sebagai gabungan antara sebuah Galaxy Camera dan juga Galaxy S2.

    [Sumber] TechTastic

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain