• Generasi terbaru Sony SmartWatch bakal hadir bersama NFC

    22 Jun 2013 - Sony merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan jam tangan pintar Android secara meluas. Jam tangan yang juga dikenali sebagai Sony SmartWatch ini sememangnya sudah menjadi perhatian umum dan semakin mendapat tempat di hati pengguna. Jika tidak, masakan syarikat besar Samsung dan Apple mula menyatakan minat mereka untuk mengeluarkan jam tangan pintar versi mereka sendiri?
    Terdapat khabar angin yang mengatakan Sony akan memperkenalkan versi terbaru SmartWatch mereka pada Mobile Asia Expo 2013 menjelang 26 Jun ini. Sony SmartWatch versi terbaru ini bakal mempunyai skrin yang lebih besar daripada yang sedia ada di samping sambungan Near Field Communication (NFC). Ia tetap boleh menggunakan sambungan Bluetooth sebagai alternatif.
    [Sumber informasi] CNET
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain