• Google secara rasmi membeli Waze



    12 Jun 2013 - Google secara rasminya telah mengambil alih Waze pada awal pagi tadi seperti yang dijangka. Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat berhubung harga yang telah diterima oleh pihak Waze, namun telah dikhabarkan ia adalah bernilai lebih daripada USD1 Billion seperti yang disebut-sebut sebelum ini. Pemindahan Waze ke dalam Google secara rasmi telah pun dinyatakan melalui laman Blog Google dan Waze.


    Menurut Brian McClendon, Naib Presideo Geo Google, pasukan pembangun produk Waze akan masih dikekalkan di Israil dan akan terus beroperasi secara berasingan buat masa ini. Google Maps juga bakal menerima pengemaskinian tidak lama lagi melalui laporan trafik yang terdapat di dalam aplikasi Waze. Selain itu, fungsi carian di dalam peta juga akan dinaik taraf bagi memudahkan pengguna mencari lokasi yang ingin dituju.

    [Sumber informasi] Google Official Blog

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain