• Google sedang membina konsol permainan Android?


    28 Jun 2013 - Nampaknya selepas ini Sony Playstation 4, Microsoft Xbox One dan Nintendo Wii U bakal menerima pesaing baru di dalam dunia konsol permainan kerana Google dikatakan sedang membina sebuah konsol permainan berasaskan sistem operasi Android. Menurut Wall Street Journal, Google tidak memberikan sebarang jawapan berkaitan perkara ini dan hanya terus berdiam diri.

    Khabar angin ini bermula pada minggu yang sama apabila Ouya, sebuah konsol permainan mini pertama yang menggunakan sistem operasi Android dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, konsol Ouya ini tidak lagi sesuai untuk kegunaan pengguna biasa. Sekiranya Google sedang membina konsol permainan Android yang rasmi, sudah pasti mereka akan mendapatkan pandangan daripada pengguna Ouya yang sedia ada bagi menghasilkan produk yang lebih bagus.



    Menariknya, buat masa ini sudah terdapat lebih daripada 100,000 buah aplikasi permainan di dalam Google Playstore. Ini sememangnya sudah jauh meninggalkan bilangan permainan yang terdapat di dalam PlayStation 3. Perbezaan yang paling ketara adalah kualiti permainan tersebut.

    *Apple juga dikatakan sedang membina sebuah konsol permainan berasaskan iOS. Sejauh manakah kesahihan berita ini masih belum dapat disahkan.

    [Sumber informasi] Mashable

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain