• HTC One versi merah yang menarik perhatian


    27 Jun 2013 - Seperti yang ketahui, HTC One hanya didatangkan dalam dua warna yang berlainan iaitu hitam dan perak (putih). Kini buat mereka yang inginkan kelainan, HTC bakal menawarkan versi merah untuk HTC One tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, ia hanya terhad buat pengguna Phone 4u di United Kingdom. Tidak terdapat sebarang perbezaan antara versi merah dengan versi-versi sebelum ini. HTC One versi merah ini sememangnya direka khas buat mereka yang ingin menjadi perhatian di kalangan pengguna biasa.


    HTC One versi merah yang juga dikenali sebagai 'The Glamorous Red' bakal mula dipasarkan di UK pada pertengahan bulan Julai ini. Terujakah anda sekiranya versi 'Glamorous Red' ini hadir di negara kita?

    Spesifikasi HTC One : GSMArena

    [Sumber informasi] Mashable

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain