• Huawei berminat untuk membeli Nokia


    19 Jun 2013 - Desus-desus awal telah mengatakan bahawa Huawei berminat untuk membeli syarikat pengeluar Windows Phone terbesar, Nokia baru-baru ini. Menurut Richard Yu, Pengerusi Kumpulan Pengguna Huawei, mereka kini aktif melihat kemungkinan untuk membeli Nokia. Walau bagaimanapun, pihak Huawei masih lagi berjumpa dan berbincang dengan Nokia buat masa ini bagi menyatakan keinginan mereka.


    Pembelian Nokia oleh Huawei sudah pasti akan menambahkan lebih banyak kolaborasi antara kedua-dua syarikat gergasi ini termasuklah dari segi paten rekaan dan teknologi perimejan. Sebaik sahaja khabar angin ini tersebar di Internet, kedudukan saham Nokia meningkat 0.23 (kini 6.21%).


    Walaupun begitu, ramai yang memberi tanggapan bahawa Nokia tidak akan menerima tawaran daripada Huawei buat masa ini. Terutama ketika mereka kini sudah semakin kukuh di dalam pasaran Windows Phone bersama Microsoft.

    [Sumber informasi] MyNokiaBlog

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain