• Instagram kini menyokong perkongsian video

    21 Jun 2013 - Aplikasi perkongsian gambar popular, Instagram kini telah memperkenalkan kemaskini terbaru awal pagi tadi dengan membawakan fungsi terbaru iaitu perkongsian video. Kemaskini terbaru ini sudah pasti akan menjadi pesaing buat aplikasi KeeK yang baru sahaja meningkat naik di Malaysia. Anda boleh memilih sama ada untuk memuat naik gambar atau video mudah di dalam Instagram terbaru ini. Video boleh dilihat di dalam ruangan timeline Instagram anda apabila terdapat ikon kamera video di bahagian kanan atas gambar berkenaan.

    Buat masa ini, hanya 15 saat video sahaja yang dibenarkan dimuat naik ke dalam Instagram. Video yang dirakam boleh distabilkan dengan fungsi penstabilan video yang disertakan bersama. Selain itu, pengguna boleh menambah filter pada video yang dirakam. Ini sememangnya suatu faktor kelebihan untuk Instagram berbanding KeeK. Terdapat 13 filter yang sediakan untuk pilihan pengguna.

    Pengguna iOS (iPhone, iPad dan iPod Touch) dan Android kini sudah boleh mengemaskini aplikasi Instagram seawal pagi tadi. Setiap video yang dirakam juga boleh dikongsikan dengan mudah ke laman sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan Tumblr.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain