• iPhone kini genap 6 tahun

    30 Jun 2013 - Hari ini genaplah 6 tahun usia telefon pintar Apple, iaitu iPhone. Sejak diperkenalkan pada tahun 2007 oleh Steve Jobs, iPhone telah mengalami banyak fasa perubahan terutama dari segi fungsi dan rupa luaran. iPhone yang pertama diperkenalkan, tidak mempunyai sebarang aplikasi tambahan yang boleh dimuat turun, tiada fungsi copy-paste, dan juga multi-tasking. Walau bagaimanapun, pengenalan iPhone kepada dunia telah membuka mata banyak pihak kerana ia boleh dikatakan antara telefon pintar terawal yang menggunakan skrin sentuh sepenuhnya. Pada masa itu, pasaran telefon pintar masih dikuasai oleh Nokia.

    Perubahan demi perubahan telah dibuat ke atas iPhone namun apa yang masih kekal adalah rekaan sistem operasinya yang tetap serupa walaupun telah dievolusi selama 6 tahun. Namun, dengan adanya sistem operasi iOS 7 terbaru, segalanya bakal berubah dan kita bakal melihat Apple melangkah lagi satu tapak ke hadapan untuk menjadi telefon pintar terbaik kepada para pengguna.

    [Sumber info-grafik] IntoMobile

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain