• KeeK kini hadir di dalam Windows Phone 8

    29 Jun 2013 - Aplikasi perkongsian video popular, KeeK kini telah hadir di dalam sistem operasi mudah alih ke-3 paling popular di dunia, Windows Phone 8. Buat masa ini, sudah terdapat lebih daripada 50 juta pengguna KeeK berdaftar di seluruh dunia merangkumi pengguna iOS dan Android. Aplikasi ini bersaiz 2MB sahaja dan telah pun mula boleh dimuat turun sejak 27 Jun yang lalu.

    Antara fungsi-fungsi yang terdapat pada KeeK versi Windows Phone 8 adalah:

    • Rakaman dan perkongsian video yang mudah dan pantas.
    • Tonton dan kongsi video yang telah dimuat naik dari seluruh dunia.
    • Meletakkan komen dalam bentuk teks mahupun video.
    • Menyokong penggunaan kamera hadapan dan belakang.
    • Favorites.
    • Senarai 100 video paling popular.
    • Pengesahan akaun.
    • Muat naik video tanpa sebarang had.
    • 100% percuma.

    Pengguna Windows Phone 8 di Malaysia kini sudah mula boleh memuat turun aplikasi ini di dalam telefon pintar anda di pautan berikut:

    KeeK untuk Windows Phone 8

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain