• Ketahui bacaan IPU Jerebu Malaysia terkini dengan aplikasi web daripada Evozi


    25 Jun 2013 - Berikutan masalah jerebu yang melanda negara kita pada ketika ini, banyak pembangun aplikasi dan web telah menghasilkan kaedah yang mudah untuk rakyat Malaysia melihat status bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini di seluruh negara. Evozi merupakan salah satu pembangun web yang telah menghasilkan sebuah laman khas untuk pengagihan informasi ini.

    Apa yang menjadikan laman daripada Evozi ini lebih menarik daripada biasa adalah ia lebih kemas dan mudah dilihat. Terdapat informasi untuk 52 buah lokasi yang dipilih dan setiap lokasi akan diwarnakan mengikut tahap IPU ketika itu. Ia juga dikemaskini dengan pantas untuk setiap 2 jam.




    Jika anda ingin melihat tahap IPU di lokasi anda, sila layari laman web daripada Evozi ini di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain