• LG bersedia memperkenalkan teknologi skrin OLED mudah lentur


    20 Jun 2013 - Organic Light-Emitting Diod (OLED) sering dikaitkan dengan Samsung di mana skrin ini mempunyai kemampuan untuk dilentur dengan mudah. Kini, sebuah lagi pengeluar telefon pintar terkemuka iaitu LG juga bakal memperkenalkan versi OLED mereka. LG mengatakan skrin terbaru mereka tidak akan pecah, mahupun pecah kerana ia boleh dilentur dengan mudah.

    Malah mereka juga dikatakan dalam proses pengeluaran teknologi ini secara besar-besaran untuk gajet mereka yang akan datang. Nampaknya mereka sedang berusaha untuk menjadi syarikat pertama yang mengeluarkan teknologi OLED secara besar-besaran bagi menyaingi syarikat gergasi yang sedia ada. Selain daripada LG dan Samsung, Nokia dan Apple juga dikatakan sedang menghasilkan versi OLED mereka sendiri.

    [Sumber informasi] CNET

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain