• Nokia Asha 501 dijual di Malaysia pada harga RM299


    11 Jun 2013 - Nokia bakal membawa masuk Nokia Asha 501 ke Malaysia pada penghujung bulan Jun ini pada harga tawaran RM299 seunit. Ia akan didatangkan dalam tiga warna yang berlainan iaitu merah, kuning dan juga hitam. Berdasarkan informasi yang diterima, pengguna di Lembah Klang boleh membelinya pada hujung bulan ini manakala kawasan yang lain akan menerimanya pada awal bulan Julai.

    Nokia Asha 501 merupakan telefon yang menggunakan sistem operasi siri S40 yang lengkap dengan aplikasi Facebook, Twitter dan Opera di dalamnya. Anda boleh memuat turun aplikasi tambahan seperti Whatsapp, WeChat dan Line mengikut kehendak anda. Ia memiliki kamera 3.2 megapiksel sahaja dan tidak menyokong sambungan 3G. Walau bagaimanapun, ia tetap mempunyai sokongan Wi-Fi dan Edge. Kekurangan fungsi 3G merupakan sebagai langkah untuk menjimatkan kadar penggunaan bateri pada telefon berkenaan menjadikan ia mampu bertahan sehingga 1,152 jam dalam mode Standby.



    [Sumber informasi & gambar] Mobile88

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain