• Penghantaran mesej video Skype kini percuma

    18 Jun 2013 - Setelah lama menunggu, sistem permesejan popular, Skype akhirnya telah melancarkan fungsi penghantaran mesej video (Video Messaging) mereka kepada semua platform yang boleh menggunakan Skype termasuklah Windows, Windows Phone 8, Mac, iOS, Android dan Blackberry. Tidak seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, fungsi terkini daripada Skype ini boleh digunakan oleh semua pengguna sedia ada secara percuma.


    Fungsi penghantaran mesej video ini sebenarnya adalah seumpama fungsi penghantaran audio yang terdapat di dalam WeChat mahupun Whatsapp. Apa yang menjadikan ia berlainan adalah ia menggunakan format video. Ini juga bermakna anda tidak perlu menunggu rakan anda untuk online untuk menghantar video kepada mereka. Buat masa ini, hanya 3 minit rakaman video sahaja yang dibenarkan. Setiap mesej video yang ingin dihantar perlulah direkod menggunakan aplikasi Skype dan anda tidak boleh menggunakan video yang sedia ada di dalam peranti.

    Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendapatkan Skype di pautan di bawah:
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain