• Permainan Xbox dan PC bakal hadir ke dalam Android dan iPhone


    25 Jun 2013 - Microsoft dikatakan bakal membawa masuk permainan daripada Xbox dan PC ke dalam peranti Android dan iPhone pada hujung tahun ini. Menurut laporan daripada Reuters, Microsoft sedang bekerjasama dengan pembangun daripada Jepun, Klab Inc untuk membawa masuk permainan-permainan ini ke dalam peranti pesaing mereka.
    Through a licensing deal, Klab will bring Microsoft’s Xbox and Windows-based computer games to the iPhone and smartphones using Google Inc’s Android operating system, according to the Nikkei.
    Walau bagaimanapun, tiada lagi sebarang informasi sama ada permainan-permainan ini bakal hadir di dalam sistem operasi mudah alih Microsoft sendiri iaitu Windows Phone. Kami tetap yakin Microsoft tidak akan meninggalkan Windows Phone begitu sahaja dan pasti mendahulukannya berbanding sistem operasi yang lain.




    Permainan pertama yang bakal hadir ke dalam iPhone adalah Age of Empires (permainan strategi) yang bakal hadir pada penghujung tahun ini. Menariknya ia dikatakan bakal boleh dimuat turun secara percuma. Jadi apakah permainan yang anda harapkan bakal hadir ke dalam peranti mudah alih anda?

    [Sumber info] UnleashThePhone

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain