• Robert Downey Jr. (Ironman) dilantik sebagai duta HTC terbaru


    27 Jun 2013 - Setelah kejayaan HTC One, syarikat daripada Taiwan ini nampaknya tidak akan berdiam diri begitu sahaja kerana mereka akan terus membuat lebih banyak promosi untuk produk-produk terbaru mereka tidak lama lagi. Menurut laporan daripada Bloomberg, HTC telah pun mengambil pelakon utama siri Ironman, Robert Downey Jr. sebagai duta terbaru mereka. Pemilihan ini dibuat berdasarkan populariti beliau terutama dalam filem-filem di bawah naungan Marvel iaitu Ironman, Ironman 2, Ironman 3 dan The Avengers.


    Pelakon yang berusia 48 tahun ini dilaporkan telah dibayar sebanyak USD12 juta bagi mempromosikan produk HTC di papan iklan (billboards), iklan TV dan juga media cetak (surat khabar dan majalah). Seperti duta-duta HTC terdahulu, Downey Jr. berhak menentukan elemen kreatif yang bakal dikeluarkan kepada umum. Walau bagaimanapun, beliau tidak akan hadir sebagai karekter di dalam filem di dalam iklan HTC. Beliau akan tampil sebagai diri beliau sendiri.

    Tidak pasti Robert Jr. bakal mempromosikan produk HTC yang mana satu namun terdapat beberapa spekulasi yang mengatakan HTC bakal mengeluarkan telefon pintar Windows Phone 8 yang amat mirip kepada HTC One versi Android.

    [Sumber informasi] Bloomberg

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain