• Samsung bakal hadir dengan kamera Android professional



    14 Jun 2013 - Setelah kemunculan Samsung Galaxy S4 Zoom, syarikat pengeluar telefon pintar popular ini nampaknya tidak berpuas hati dengan begitu sahaja kerana mereka dikatakan bakal memperkenalkan sebuah kamera professional berasaskan Android tidak lama lagi. Sebuah laman web daripada Vietnam, Tinh te, telah menunjukkan tiga buah gambar yang dikatakan merujuk kepada produk yang diperkatakan oleh Samsung. Kamera pintar terbaru ini bakal menggunakan nama Samsung Galaxy NX.

    Kamera Galaxy NX boleh diubah lensanya sama seperti sebuah kamera DSLR biasa, ini sekaligus menjadikan ia suatu inovasi daripada Galaxy Camera pada tahun lalu. Menurut laman web Tinh te juga, Galaxy NX mempunyai kamera 20.3 megapiksel dengan sensor APS-C bersama-sama tahap maksimum ISO 25,600. Ia mungkin menggunakan sebuah cip pemprosesan dwi teras ataupun empat teras.

    Kamera pintar ini dijangka akan diperkenalkan pada acara rasmi Samsung, 20 Jun ini.


    [Sumber informasi] Tinh te

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain