• Samsung Galaxy Ace 3 miliki sokongan LTE


    10 Jun 2013 - Sedang kita sibuk menantikan majlis WWDC 2013 daripada Apple, Samsung telah mengejutkan kita semua dengan memperkenalkan Samsung Galaxy Ace 3 pada hari ini. Ia merupakan ahli keluarga terbaru Samsung Galaxy yang sememangnya ditujukan buat pengguna yang berpendapatan sederhana. Menariknya, ia memiliki sokongan LTE dengan cip pemprosesan dwi teras 1.2GHz manakala versi 3G mempunyai cip pemprosesan dwi teras 1GHz. Dengan adanya sokongan LTE, pengguna berpeluang menggunakan Internet mudah alih berkelajuan tinggi pada telefon pintar Android yang mampu dimiliki.


    Seperti biasa, telefon pintar terbaru ini menggunakan sistem operasi Android 4.2 (Jelly Bean) dengan saiz skrin 4 inci paparan WVGA TFT LCD. Selain daripada itu, ia dilengkapi dengan RAM 1GB bersama-sama dengan storan dalaman 4GB yang boleh ditambah sehingga 64GB melalui microSD. Kameranya pula adalah 5 megapiksel dengan sokongan Flash LED.




  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain