• Sony SmartWatch 2 : Lebih lasak dan menyokong NFC


    25 Jun 2013 - Sebentar tadi, Sony telah memperkenalkan Sony SmartWatch 2 di Mobile Asia Expo, Shanghai. Ia merupakan versi terbaru jam tangan pintar Sony yang direka untuk mengatasi kelemahan yang terdapat pada versi pertama. SmartWatch 2 mempunyai sokongan NFC (Near Field Communication) di samping mampu kalis pada air. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh membawanya berenang bersama-sama di kolam renang atau di laut.




    Persaingan yang sengit di kalangan pengeluar jam pintar seperti Pebble Watch telah memaksa Sony untuk hadir dengan versi yang lebih baik daripada sebelumnya. Tidak seperti Pebble Watch, SmartWatch 2 hanya boleh disambungkan kepada telefon pintar Android sahaja kerana ia juga menggunakan sistem operasi Android. Ia juga lebih berat sedikit berbanding versi pertama dengan keberatan 23.5g (tambahan 8g).

    Aplikasi-aplikasi asas seperti Calls, Message, Email, Twitter, Facebook dan Runtastic tetap boleh digunakan  bagi memberitahu penggunanya notifikasi terbaru. Sekiranya telefon pintar anda tidak mempunyai NFC, anda tidak perlu risau kerana ia juga mempunyai sokongan Bluetooth 3.0.

    [Sumber informasi] CNET
    [Sumber gambar] Amanz
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain