• Telefon kamera hybrid Samsung Galaxy S4 Zoom




    13 Jun 2013 - Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Samsung akhirnya telah memperkenalkan Samsung Galaxy S4 Zoom secara rasmi yang menampilkan sebuah telefon pintar Android dengan ciri sebuah kamera bersama-sama zoom optikal. Telefon pintar hybrid ini mempunyai kamera yang beroperasi seperti sebuah kamera kompak biasa dan turut disertakan dengan zoom optikal 10x. Ini jelas sekali merupakan suatu inovasi daripada Samsung Galaxy Camera sebelum ini yang sering dikaitkan dengan kekurangan fungsi untuk membuat dan membalas panggilan.


    Rekaan telefon pintar ini amat unik kerana pada bahagian hadapannya, ia kelihatan seperti sebuah telefon pintar biasa namun jika terbalikkan, ia akan kelihatan seperti sebuah kamera kompak Samsung. Ia mempunyai skrin 4.3" qHD (960x540) paparan AMOLED dengan cip pemprosesan dwi teras 1.5GHz bersama 1.5GB RAM.  Amat sayang sekali ia tidak menggunakan cip pemprosesan empat teras seperti yang terdapat pada Samsung Galaxy S4. Ia juga memiliki ruang storan dalaman 8GB yang boleh ditambah melalui penggunaan kad microSD.

    Kamera utamanya adalah 16 megapiksel dengan zoom optikal 10x. Tidak seperti kebanyakkan telefon pintar biasa, telefon ini mempunyai Xenon flash yang membolehkan ia menangkap gambar dengan lebih cantik pada waktu malam atau cahaya yang kurang. Ia turut disertakan dengan kamera di bahagian hadapan, 1.9 megapiksel bagi memudahkan anda membuat panggilan video. Anda tidak perlu risau jika anda mementingkan kelajuan Internet kerana Samsung Galaxy S4 Zoom turut didatangkan dengan sambungan LTE dan Wi-Fi. 

    Dijangkakan telefon pintar ini bakal menjadi pesaing buat telefon pintar Nokia Lumia terutamanya pada ciri zoom optikal dan pengcahayaan dalam gambar yang dihasilkan oleh sebuah telefon pintar.





    [Sumber informasi] SoyaCincau

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain