• Tonton filem melalui Escape daripada Axiata


    17 Jun 2013 - Escape Axiata Sdn Bhd, atau nama dahulunya Celcom Technology (M) Sdn Bhd, telah melancarkan sebuah laman hiburan peribadi yang membolehkan anda menonton filem dan drama TV kegemaran anda bila-bila masa tidak kira di mana jua anda berada. Ia menggunakan teknologi live streaming melalui pelan Internet anda. Kebanyakkan video yang ditawarkan adalah menggunakan Microsoft Silverlight dan anda perlu memuat turun aplikasi ini ke dalam komputer peribadi anda untuk menggunakannya. Menariknya, anda juga boleh menonton video ini di telefon pintar dan tablet dengan laman web mesra peranti mudah alih.

    Escape menawarkan dua pakej utama iaitu Collection dan Premium. Pakej Collection membolehkan anda menonton filem, drama, dan TV secara langsung menerusi langganan setiap bulan manakala pakej Premium mengumpulkan koleksi filem yang boleh dibeli secara individu. Terdapat banyak filem terkini yang ditawarkan buat para pengguna seperti Hobbit, The Dark Knight Rises, Argo, dan Oz The Great and Powerful. Selain itu, terdapat juga filem Korea, Indonesia dan China.



    Buat masa ini, harga bagi sebuah filem adalah pada harga serendah RM6 setiap satu dan anda boleh membuat pilihan untuk membayar melalui Celcom Prepaid (Xpax), Celcom Postpaid ataupun potongan kad kredit. Untuk maklumat lanjut berkenaan Escape, anda boleh layari laman web mereka di sini.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain