• Video teaser Plants Vs Zombies 2 diperlihatkan


    4 Jun 2013 - PopCap telah pun mengeluarkan video teaser untuk siri Plants Vs Zombies terbaru yang diberi nama 'Plants Vs Zombies 2 : It's About Time'. Video selama 1 minit 29 saat ini memperlihatkan situasi taman di rumah anda di mana ia diserang oleh Zombie. Menariknya, video ini dihasilkan dalam bentuk 3D. Terdapat juga beberapa pokok terbaru yang bakal diperkenalkan di dalam permainan ini. Berdasarkan keseluruhan video teaser ini, kemungkinan besar Plants Vs Zombies 2 bakal menggunakan konsep perjalanan masa (time travel).

    Permainan ini bakal mula dijual di dalam App Store untuk pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch pada bulan Julai ini. Tiada sebarang informasi bilakah pengguna Android dan Windows Phone 8 akan menerimanya.



    [Laman rasmi]

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain