• Waze bakal hadir di dalam Windows Phone


    21 Jun 2013 - Aplikasi GPS popular yang baru sahaja dibeli Google iaitu Waze, bakal hadir untuk pengguna Windows Phone tidak lama lagi. Berita ini sudah pasti akan mengembirakan ramai pengguna Windows Phone di luar sana kerana ia akan memberikan suatu alternatif baru buat mereka selain menggunakan aplikasi Nokia Drive dan Maps yang sedia ada (khas untuk pengguna Lumia).



    Buat masa ini, aplikasi berkenaan masih di peringkat private beta dan tidak boleh dimuat turun oleh semua. Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan bersama oleh MyNokiaBlog, kelihatan antara muka aplikasi Waze sudah diadaptasi ke dalam Windows Phone dengan sepenuhnya.

    Adakah anda pengguna Windows Phone teruja dengan kemunculan aplikasi GPS popular ini ke dalam telefon pintar anda?

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain