• Yahoo bakal mematikan Yahoo Mail Classic


    3 Jun 2013 - Pada bulan Jun ini, Yahoo bakal mematikan semua sokongan terhadap klien emel mereka yang terdahulu - termasuklah Yahoo Mail Classic -  bagi menumpukan perhatian mereka sepenuhnya pada reka bentuk Yahoo Mail terkini. Pengguna yang tidak bertukar kepada emel Yahoo Mail yang terbaru tidak akan dibenarkan untuk membuka peti Inbox mereka. Menurut Yahoo, mereka juga telah menghantar emel kepada semua pengguna emel mereka berkenaan kemaskini yang diwajibkan ini.


    Yahoo Mail terbaru sebenarnya telah pun diperkenalkan pada bulan Disember yang lalu. Ia membawakan kemaskini reka bentuk yang sama seperti aplikasinya di dalam iOS, Android serta Windows 8. Yahoo Mail versi web menampakkan pengurangan pada bilangan butang (buttons), penaiktarafan fungsi carian, serta ruangan menulis emel yang lebih luas. Sudahkan anda bertukar daripada Yahoo Mail Classic kepada Yahoo Mail terbaru?

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain