• 52% pengguna Malaysia menggunakan Chrome


    2 Julai 2013 -  Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada laman StatsCounter, berikut merupakan peta dunia yang menunjukkan pelayar-pelayar web yang digunakan oleh pengguna di seluruh dunia. Jelas sekali Chrome masih mendahului carta populariti penggunaan pelayar web di dunia. Chrome menjadi pilihan utama di beberapa buah negara termasuklah Kanada, Amerika Selatan, Rusia, Australia dan Malaysia.


    Di Malaysia sahaja, peratusan pengguna Chrome adalah melebihi 52%, jauh meninggalkan pesaingnya, Internet Explorer dan Firefox. Namun, statistik jelas berbeza di Indonesia di mana Firefox masih lagi menjadi kegemaran di kalangan para pengguna di sana.

    Secara keseluruhan, Chrome mendominasi dunia pelayar web masa kini dengan mempertahankan peratusan 42%. Internet Explorer dan Firefox ketinggalan di belakang dengan peratusan 26.61% dan 19.88% setiap satu.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain