• Android 4.3 tetap menggunakan kod nama Jelly Bean


    25 Julai 2013 - Kemaskini terbaru bagi sistem operasi mudah alih popular Android 4.3 akan tetap menggunakan kod nama Jelly Bean dengan membawakan beberapa penambahan daripada versi 4.2.2 yang terdahulu. Ramai penggemar Android yang kecewa dengan pengumuman ini kerana ramai yang menantikan kemunculan Key Lime Pie sejak Google I/O, Mei yang lalu.

    Penambahan terbaru yang paling jelas kelihatan di dalam Android 4.3 adalah sistem profil terhad untuk pelbagai pengguna dalam satu peranti (Multi-User Restricted Profile). Seperti yang terdapat pada Android 4.2.2, versi ini membolehkan pengguna membuat beberapa akaun untuk mengakses peranti Android mereka. Kali, anda boleh mengehadkan akses seseorang pengguna itu ke atas aplikasi yang boleh digunakan. Sudah pasti ini amat berguna bagi mereka yang mempunyai anak di rumah.



    Selain daripada itu, teknologi Bluetooth Smart juga diperkenalkan bagi memperluaskan penggunaan Bluetooth. Melalui teknologi ini, selain daripada mendengar lagu melalui sambungan Bluetooth, ia juga boleh menghantar metadata sesuatu lagu (tajuk lagu, nama artis dan banyak lagi). Ia juga mengurangkan penggunaan kuasa bagi menjimatkan bateri telefon pintar.

    Bagi penggemar permainan di dalam Android, versi terbaru Jelly Bean ini mampu menghasilkan grafik yang lebih efisyen dan baik dengan adanya Open GL ES 3.0. Menurut CNET, ia mampu menjana tekstur grafik yang lebih terperinci, dan suar lensa yang lebih jelas.


    Bagi peminat Emoji pula, terdapat papan kekunci Emoji Android yang boleh digunakan. Ia didatangkan secara sedia ada di dalam Android 4.3 kelak. Apakah pandangan anda tentang kemaskini Android 4.3 Jelly Bean ini?

    [Sumber informasi] CNET

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain