• Angry Birds Star Wars 2 hadir 19 September ini


    16 Julai 2013 - Siri permainan Angry Birds kini berterusan apabila pihak Rovio Entertainment bakal memperkenalkan Angry Birds Star Wars 2 seawal 19 September ini. Hasil kerjasama antara syarikat berkenaan bersama Lucas Film, telah menjadikan siri Angry Birds Star Wars antara permainan terpopular di dalam peranti iOS, Android dan Windows Phone 8.

    Di dalam Angry Birds Star Wars 2, pemain boleh memilih sama ada untuk menyertai pihak Rebellion ataupun pihak Empire (Pork Side). Terdapat juga 30 karekter yang boleh dimainkan di dalam permainan ini menjadikan lebih banyak pilihan buat pemain.




    Selain daripada itu, terdapat juga integrasi sokongan Telepods yang dibawakan bersama. Sokongan ini sebenarnya sudah pun diperkenalkan ketika Angri Birds Star Wars versi yang pertama namun ini adalah kali pertama Rovio Entertainment mempromosikannya secara menyeluruh. Telepods membenarkan pemain membawa masuk karekter yang baru ke dalam permainan dengan hanya meletakkannya di atas tablet atau telefon pintar.






  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain