• Aplikasi telefon pintar di bulan Ramadhan untuk iOS, Android dan WP8


    8 Julai 2013 -  Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia untuk tahun 1434H, terdapat banyak aplikasi-aplikasi yang telah dikeluarkan bagi membantu mereka yang beragama Islam untuk menghayati bulan Ramadhan dengan penuh keberkatan. Aplikasi-aplikasi ini boleh membantu anda untuk merekod ibadah harian anda di samping mengingatkan anda waktu bersahur dan juga waktu berbuka.


    Mutabaah Ramadhan (Android)

    Mutabaah Ramadhan merupakan sebuah aplikasi percuma yang direka oleh pereka tempatan, Ismi Ammer, yang turut menghasilkan aplikasi untuk IKIM.fm dan Langitilahi. Ia mempunyai empat fungsi utama dan salah satunya adalah mengingatkan anda waktu bersahur, berbuka dan solat setiap hari. Buat masa ini fungsi ini hanya terhad untuk lokasi di dalam Malaysia sahaja.


    Selain daripada itu, ia turut mempunyai fungsi Mutabaah di mana ia dapat membantu anda merekod aktiviti ibadah seharian anda termasuklah solat wajib, ibadah sunat seperti Qiamulail dan solat witir. Setiap aktiviti yang direkod akan disimpan ke dalam statistik harian bagi membolehkan anda melihat pencapaian anda dari hari ke hari.

    Muat turun aplikasi Mutabaah Ramadhan (Android)


    Ramadan Times (Windows Phone 8)

    Ramadan Times telah dihasilkan oleh Rad Labs daripada Dubai. Ia adalah percuma dan mampu digunakan oleh semua pengguna di seluruh dunia kerana ia boleh mengingatkan anda tentang waktu bersahur dan berbuka bergantung kepada lokasi anda ketika itu. Kaedah pengiraan waktu solat juga disertakan sekali bagi memberikan flesibiliti kepada para pengguna. 


    Menariknya, aplikasi ini turut menyokong fungsi Reminder, Live Tiles dan Lockscreen Notification yang terdapat di dalam Windows Phone 8. Aplikasi ini turut menawarkan terjemahan Al-Quran, dan Hadith. Secara keseluruhan, aplikasi ini sangat cantik dan menepati konsep Windows Phone 8 yang diperkenalkan oleh Microsoft.



    MSD - Ramadan, Diabetes and Me (iOS)

    Seperti yang dilaporkan di dalam Astro Awani dan Amanz.my, aplikasi ini amat unik berbanding aplikasi Ramadhan yang lain. Aplikasi ini direka khas buat berjuta-juta pengguna di seluruh dunia yang menghadapi masalah diabetes di tahap kedua dan ingin terus berpuasa di bulan Ramadhan. Ia memberikan informasi asas yang diperlukan oleh pesakit diabetes termasuk:
    • Notifikasi solat harian.
    • Kompas arah kiblat bergantung kepada lokasi pengguna.
    • Merekod kandungan gula di darah bagi memudahkan pesakit menunjukkan tahap glukos kepada doktor.
    • Tetapan penggera untuk waktu bersahur dan berbuka.
    • Sokongan untuk tiga bahasa - Inggeris, Melayu dan Arab.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain