• Apple memfailkan tanda dagangan untuk nama iWatch



    2 Julai 2013 - Menurut laporan daripada Bloomberg, Apple telah pun memfailkan tanda dagangan (trademark) ke atas terma iWatch di dua buah negara iaitu Jepun dan Rusia. Ini merupakan salah satu usaha daripada pengeluar iPhone untuk melindungi hak mereka ke atas nama iWatch di negara terbabit. Kedua-dua fail tanda dagangan ini telah dibuat pada 3 Jun yang lalu.


    Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Apple akan menggunakan nama iWatch juga untuk produk terbaru mereka. Penggunaan nama iWatch telah menjadi popular sejak awal tahun ini di mana ramai yang menjangkakan Apple akan memperkenalkan jam tangan pintar versi iOS pada penghujung tahun 2014. Menariknya terdapat khabar angin yang mengatakan iWatch yang dinanti-nantikan ini bakal memiliki fungsi biometrik di samping boleh merekod tahap kesihatan penggunanya.

    *Gambar di atas adalah hiasan semata-mata. Tiada kaitan dengan produk sebenar.

    [Sumber informasi] Bloomberg

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain