• Apple mengambil alih Locationary dalam diam


    19 Julai 2013 - Baru-baru ini, Apple telah pun mengambil alih sebuah syarikat pengurusan data berasaskan lokasi bernama Locationary. Syarikat merupakan sebuah syarikat yang kecil yang menguruskan kemaskini lokasi perniagaan secara langsung. Ia mampu memberikan informasi berkaitan lokasi sesebuah perniagaan di samping dapat memberitahu lokasi terbaru perniagaan tersebut sekiranya ia sudah berpindah. Locationary juga mampu memberitahu sama sesebuah perniagaan itu masih lagi beroperasi ataupun tidak.


    Apple tidak menyatakan sebarang kenyataan berkenaan tujuan mereka mengambil alih syarikat berkenaan namun berdasarkan kemampuan syarikat tersebut, kita dapat meneka bahawa ia adalah untuk menginovasikan sistem pemetaan yang terdapat pada iOS. Sebelum ini, aplikasi Maps daripada Apple pernah mendapat ejekan daripada banyak pihak kerana ia tidak tepat dan tidak boleh dipercayai. Mampukah Apple menyaingi sistem pemetaan yang terdapat di dalam Google Maps dan Nokia Maps?

    [Sumber informasi] CNET

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain