• BlackBerry Messenger (BBM) bakal hadir untuk pengguna Android pada bulan September


    18 Julai 2013 - Aplikasi permesejan popular daripada RIM, BlackBerry Messenger atau nama singkatannya BBM dijangka bakal hadir ke dalam peranti Android seawal bulan September ini. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pengarah Pengurusan BlackBerry di India, Sunil Lalvani baru-baru ini. Walau bagaimanapun, berita kedatangan BBM ke dalam Android bukanlah perkara yang mengejutkan kerana CEO mereka, Thorsten Heins sebelum ini pernah mengumumkan perkara yang sama pada penghujung bulan Mei yang lalu.



    Selepas itu, BBM akan hadir ke dalam peranti iOS pula sebagai salah satu cara menarik minat lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan. Persoalannya di sini, adakah kemunculan BBM di dalam Android dan iOS bakal mengurangkan penggunaan dan penjualan telefon pintar BlackBerry yang sedia ada? Setujukah anda dengan tindakan daripada RIM ini?

    [Sumber informasi] Android Central

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain