• Blogsy - Aplikasi menulis Blog buat pengguna iPad

    31 Julai 2013 - Buat mereka yang gemar menulis blog dan mempunyai sebuah iPad mahupun iPad Mini, aplikasi Blogger dan Wordpress mudah alih sudah pasti menjadi kegemaran anda. Selain daripada kedua-dua aplikasi berkenaan, terdapat juga beberapa aplikasi lain yang boleh membantu anda menulis blog dengan mudah di mana saja anda berada. Sebagai contohnya, Blogsy.
    Aplikasi yang direka khas untuk pengguna iPad ini mampu memberikan pengalaman penulisan blog yang lebih baik berbanding aplikasi yang asal. Ia menyokong banyak platform seperti Wordpress, Joomla, Typad, Drupal, Tumblr, dan juga Blogger. Antara muka Blogsy amat berbeza di mana ia didatangkan dengan pelbagai format penulisan yang boleh digunakan. Ia juga boleh mengambil gambar-gambar daripada pelbagai sumber seperti Flickr, Picasa, Instagram, Facebook dan web. Sokongan video daripada Vimeo dan Youtube juga turut diperkenalkan.
    Antara muka tetapnya adalah WYSIWG namun ia tetap boleh diubah kepada mod kod HTML bagi mereka yang memerlukannya. Menariknya anda boleh menyambungkan lebih daripada satu akaun blog kepada aplikasi Blogsy menjadikan ia sangat fleksibel dan memudahkan anda untuk mengakses blog- blog yang lain dengan pantas.
    Blogsy boleh dimuat turun pada harga USD4.99 di Apple App Store.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain