• Buzz Me tawarkan pelan pra bayar terbaru di Malaysia



    1 Julai 2013 - Bagi yang belum mengetahui, terdapat satu lagi syarikat telekomunikasi terbaru yang menawarkan pelan komunikasi pra bayar kepada pengguna di Malaysia. Buzz Me yang telah dlancarkan secara rasminya pada 28 Mei 2013, menjanjikan kelainan kerana mereka menawarkan sistem penebusan segara kepada para pengguna mereka. Pengguna Buzz Me boleh menebus panggilan percuma atau produk-produk melalui laman m8.com.my bagi setiap mata yang dikutip melalui penggunaan Buzz Me.



    Dari segi kadar caj, Buzz Me mengenakan caj 13 sen bagi setiap 30 saat panggilan dan cajnya adalah sekata kepada semua syarikat telekomunikasi. Untuk SMS, pengguna akan dicaj 10 sen bagi setiap SMS yang dihantar. Pelan pra bayar ini juga menawarkan sistem My me Famili n Frens (My BFF) yang hanya terhad buat 10 orang pengguna sahaja. Berikut adalah cara pengiraan mata bagi setiap pengguna Buzz Me:


    Selain daripada itu, Buzz Me turut menawarkan perkhidmatan Internet mudah alih sehingga mencecah 21Mbps (bergantung kepada kawasan). Pengguna akan dicaj 5 sen bagi setiap 1MB. Walau bagaimanapun, pengguna tetap boleh melanggan kepada pakej Internet yang ditawarkan bagi penjimatan yang lebih. Terdapat dua pakej yang ditawarkan iaitu Pakej A yang menawarkan data 100MB pada harga RM5 dan Pakej B (RM20 bagi 500MB). Buat masa ini terdapat promosi 100MB tambahan bagi mereka yang melanggan kepada Pakej B.

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Buzz Me, sila layari laman rasmi mereka di sini : Buzz Me

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain