• Celcom tawarkan Samsung Galaxy Mega serendah RM1,088

    Celcom tawarkan Samsung Galaxy Mega serendah RM1,088

    9 Julai 2013 - Bagi mereka yang ingin memiliki Samsung Galaxy Mega yang mempunyai skrin 6.3 inci, anda kini boleh memilikinya melalui pelan pasca bayar yang ditawarkan oleh Celcom. Mereka menawarkan telefon pintar ini pada harga RM1,088, RM511 lebih murah berbanding harganya di pasaran. Samsung Galaxy Mega memiliki sokongan 4G LTE di samping menggunakan cip pemprosesan dwi teras 1.7 GHz beserta 1.5GB RAM. Ia menggunakan sistem operasi Android terkini (Jellybean 4.1) dengan sokongan Samsung TouchWiz. 

    Untuk mendapatkan harga RM1,088, pengguna perlu melanggan kepada pelan Celcom First Elite dengan komitmen bulanan sebanyak RM188 atau RM208 sebulan bergantung kepada pilihan pakej Internet. Anda juga perlu membayar sebanyak RM450 sebagai wang pendahuluan yang akan akan direbat ke dalam bil bulanan. Pengguna akan terikat pada kontrak selama 18 bulan melalui pelan ini. Berikut adalah maklumat berkenaan pelan lain yang ditawarkan Celcom:

    Pelan yang ditawarkan oleh Celcom untuk Samsung Galaxy Mega

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain