• ChatON kini hadir untuk pengguna Windows Phone

    18 Julai 2013 - Aplikasi permesejan daripada Samsung iaitu ChatON akhirnya telah muncul di dalam sistem operasi mudah alih Windows Phone baru-baru ini. ChatON merupakan sistem permesejan seumpama Whatsapp, Line dan WeChat yang menggunakan akaun Samsung. Ia sedia digunakan oleh pengguna telefon pintar Samsung dan boleh dimuat turun oleh pengguna iOS melalui Apple App Store. Selain itu, ChatON juga boleh digunakan melalui laman web.

    Menurut Samsung, terdapat lebih daripada 100 juta pengguna di seluruh dunia yang mempunyai akaun ChatON dan menjadi aplikasi permesejan paling popular di Amerika dan Perancis. Antara fungsi utama yang terdapat di dalam ChatON adalah mesej peribadi dan berkumpulan, sokongan penghantaran multimedia, dan emoticon.

    ChatON versi Windows Phone mempunyai sokongan untuk 51 bahasa termasuk Bahasa Melayu dan boleh dimuat turun oleh pengguna Windows Phone 8 dan 7.5 melalui Marketplace.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain